بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday 14 June 2011

kesian ayam nasi dia kena curi



Burrpp!!!!kenyang dek eh(kenyang gile kata org kelate) baham nasi ayam lunch tadi...Klu buat nasi ayam mmg puas ati sbb bdk2 ni mmg suke especially zafran. Dok muak dgn santan2 mg lepas, so mg ni makan kuah sup plak.


Untuk Anis & Ahdia yg sibuk2 nak tolong mommy masak tadi ni resepinye (bile dah jadi anak dara kena pandai masak tau!)


A) Bahan2 utk ayam
  • ayam(3/4 bahagian ayam)
  • halia*
  • bawang putih*
  • air
  • garam
  • kicap masin
  • kicap manis
  • gula
  • minyak utk mengoreng
  • minyak bijan

Cara2 memasak ayam
  1. Ayam dipotong 4 & dibersihkan.
  2. Kisar halia& bawang putih sehingga lumat.
  3. Perap ayam bersama2 bahan kisar+garam selama 10minit.
  4. Panaskan air dlm periuk pengukus sehingga mendidih.
  5. Kukus ayam yg diperap sehingga masak.
  6. Setelah ayam masak,keluarkan ayam dari pengukus dan siram ayam dengan kicap masin+kicap manis.
  7. Biarkan ayam terendam dalam kicap sekurang-kurangnya 15minit (biarkan semalaman pun xpe)
  8. Goreng ayam menggunakan minyak yg banyak sehingga kehitaman/separuh masak.
  9. Ayam yg telah separuh masak diangkat dari kuali & disiram dengan minyak bijan(tadah ayam di dalam bekas berisi kicap tadi).
  10. Goreng semula ayam yg telah disiram minyak bijan sehingga garing.
  11. Angkat&tos sebelum dipotong.

B) Bahan2 utk sup ayam
  • ayam (di potong kecil2)
  • air rebusan ayam/stok ayam
  • halia (1 inci)
  • bawang putih (3 ulas)
  • rempah sup bunjut
  • bawang merah besar
  • ubi kentang
  • garam
  • daun sup
  • bawang goreng

Cara2 membuat sup ayam
  1. Menggunakan air rebusan/kukusan ayam tadi,tambahkan semua bahan kecuali garam,daun sup&bawang goreng.
  2. Reneh sup sehingga mendidih.
  3. Setelah sup mendidih,masukkan garam,daun sup + bawang goreng.

C) Bahan2 utk nasi (10-12 org makan)
  • beras dibasuh & ditos(4-6cups)
  • marjerin (4sudu besar)
  • rempah tumis(bunga cengkih,bunga lawang,kulit kayu manis)
  • daun pandan (2helai disimpul)
  • sebiji bawang besar yg warna kuning (hiris nipis2)
  • stok ayam (daripada ayam yg dikukus bersama bawang putih+halia)

Cara2 masak nasi
  1. Panaskan marjerin.Tumis bahan rempah sehingga garing.
  2. Masukkan bawang besar & masak sehingga layu.
  3. Masukkan beras & goreng sehingga beras kering.
  4. Masukkan beras yg telah digoreng ke dalam rice cooker & ditambah dengan air rebusan ayam.
  5. Selitkan simpulan daun pandan & masak seperti biasa.

D) Bahan2 utk kicap & air lada
  • lebihan kicap+minyak bijan (yg disiram pada badan ayam)
  • sedikit minyak utk mengoreng (guna minyak lebihan menggoreng ayam)
  • cili merah
  • garam
  • gula
  • bawang putih(2 ulas)
  • cuka

Cara2 membuat kicap
  1. Goreng lebihan kicap+minyak bijan menggunakan sedikit lebihan minyak gorengan.
  2. Siap.

Cara2 membuat air lada

  1. Kisar cili merah + garam+gula+bawang putih+cuka.
  2. Siap.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...