بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday 25 June 2011

Rendang ayam sempoi

Harini bebudak mcm biasa sekulah(sebutan org brunei),tinggal the daddy+the mommy aje.So breakfast simple dimple jela.Pagi tadi buat cucur bilis+jagung manis (emmp kesukaan kami sejak azali).

                                                  
Lunch plak menu rendang sempoi tapi memuaskan anak tekak semua orang.Masing2 ada rencah masing2 bila buat rendang kan,so mommy punya style mmg u al blh buat sesangat.Cuba check resepi tu.
----------------------------------------------------------------------------

Resepi rendang ayam sempoi

Bahan2
  • ayam (1/2 ekor)
  • bawang merah(5-8ulas)
  • bawang putih(2ulas)
  • halia(1/2 inci)
  • santan(1/2 biji kelapa)
  • kerisik
  • garam
  • gula
  • serbuk kunyit
  • cili boh
  • asam jawa
  • daun kunyit
  • minyak
  • air

Cara2nya
  1. Kisar lumat bawang merah,bawang putih & halia.
  2. Tumis bahan2 kisar sehingga garing.
  3. Masukkan cili boh&masak sehingga garing.
  4. Setelah cili masak,masukkan ayam yg telah diperap dengan serbuk kunyit(jika kering tambahkan sedikit air).
  5. Biar seketika (tutup kuali) sehingga ayam empuk.
  6. Masukkan garam,gula & asam jawa.Kacau rata ayam.
  7. Setelah ayam masak,masukkan santan & tambahkan 1 sudu besar kerisik.
  8. Apabila santan telah pecah minyak,taburkan daun kunyit yg dihiris nipis.
  9. Gaul rata & sedia untuk dihidang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...