بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday 8 July 2011

Kacang Hijau

As salam sume...apa kabar?mommy alhamdulilah makin gebus.Normally friday mommy rajin sket nak buat menu petang sbb xyah rushing2 g amik daddy(thari daddy blk lunch @rumah then friday pray trus drive sendiri ke BLNG).....so,arini plannya nak buat kuih yg guna kelapa parut (tabur luar).Teringin nak makan kuih muih tradisi; LOMPANG( nyanyi cina sket....lompang!!!!longlai!!!pukul kompang,trus terkulai).....merapu ptg2 ni..
Nak cal tanya mok,jauh plak (ceh!alasan).......so,google jela.Skali tengok resepi kena guna tepung ubi le plak.Pastu ada satu resepi tu siap kena guna air kelapa muda.Haiya!!!mcm2 le.Betul ke gitu resepinya(eh! byk cekadak betul mommy ni.dah le mak budak baru nak belajar,cerewet plak).Xpuas ati punya pasal,byk le blog aku terjah compare2 resepi.last2 jmp la yg rasa2 mommy mcm resepi mok.Tapi tu la,byk plak bahan2 yg xde dlm stok.Cancel le.
Godek2 kitchen cabinet, last2 terjumpa kacang hijau satu tupperware tinggi (yg balang kerepek brand tupperware tu).Kacang hijau ni sebenarnya mommy beli sbb si Zafran dok myibuk nak buat eksperimen tanam pokok taugeh.Klau ikutkan xminat sgt kacang hijau ni.So,lastly buat le bubur kacang hijau je.Okey le jugak drp xde eksperimen langsung hari jumaat yg mulia ni.Niat di hati tu nak le jamu Ms Pang (cikgu tuisyen mandarin Zafran) mcm selalu dia ngajar hari jumaat tapi kesian plak.Dah le bau wangi daun pandan semerbak rumah fully aircond ni,alih2 xsempat siap nak jamu dia hari ni.Say sorry jela mommy @dia.
Masa dok rebus kacang hijau tu,sambil2 mommy kacau kelapa parut untuk buat inti manis.Pastu terpikir plak idea nak buat inti kacang hijau memandangkan byk sangat klau d buat bubur semuanya.Brilliant le idea mommy ni....Confirm blh simpan next time buat kuih muih tradisi.Mari sama2 check resepi guna kacang hijau ni ye.

RESEPI BUBUR KACANG HIJAU

Bahan2
  • 500g kacang hijau
  • 1 keping gula melaka(nise)
  • 5 sudu besar gula pasir(bergantung le tahap kemanisan u al)
  • secubit garam
  • 2 helai daun pandan
  • 1 liter santan (bergantung juge tahap kelemakan u al)
  • air

Cara2
  1. Rebus kacang hijau sehingga empuk(kalau airnya kering,tambah lagi sehingga kacang kembang).
  2. Bila kacang dah kembang,masukkan santan,daun pandan,gula melaka&garam.
  3. Didihkan sehingga masak(selalu kacau bg mengelakkan santan berketul).
  4. Sedap dihidang panas@sejukkan dulu dalam peti sejuk sebelum dihidang.
p/s:klau ada durian,boleh tambahkan selepas masukkan santan.
Boleh juga letakkan sedikit sagu untuk memekatkan kuah.


RESEPI INTI KACANG HIJAU

Bahan2
  • 500g kacang hijau
  • 1 cawan kelapa parut
  • 1 keping gula melaka(nise)
  • 5 sudu besar gula pasir
  • secubit garam
  • 1 cawan air
Cara2
  1. Rebus kacang hijau sehingga kembang.
  2. Masukkan kelapa parut,gula melaka,gula pasir&secubit garam.
  3. Masukkan sedikit air & kacau.
  4. Masak inti sehingga kering(dah xdengar bunyi air....syyy)
  5. Sejukkan sebelum guna utk buat inti.

Wokeh,setel tugasan memasak kuih harini.Utk inti kelapa,nanti mommy update next N3.....Malam ni nak masak kerabu nangka kelate(pure punya).Bukan apa mommy cakap pure sbb byk resepi2 @blog nowadays dah reka ubah resepi kerabu nangka kelate ni.Spoil btui le....C u next N3 utk update kerabu nangka jugak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...