بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday 30 July 2011

KUIH LAPIS(KUIH PELANGI)


As salam sume...harini kami masih lagi breakfast dgn laksam (makin di hangatkan kuahnya,makin pekat&sedap)....Lunch plak hidangan sempoi tapi mmg menambah nasi sume termasuk le mok (by right mok tu xleh makan byk nasi)....Bila check glucose ; tu dia 12.2 reading nya....Kami bakar ikan tawar & tumbuk sambal dgn mempelam muda...Uish,telan air liur.Sedap sungguh la.Pastu celur baby corn (jagung kecik tu) & kacang bendi.Cicoh budu&selang seli dgn sambal mempelam.Kuahnya plak harini buat gulai lemak ikan tongkol/ikan aya....Huiih!!mmg matching sgt2.
Sebelah petang mommy dok pikir kuih apa lg yg best blh belajar dgn mok.Last2 dpt idea nak buat kuih lapis....






Klau dulu mmg admired betul org yg pandai buat kuih lapis ni sbb rasa mcm rumit je berlapis2. Bila tanya mok dia tahu dok buat kuih lapis ni, mok jawab tahu cara tapi xpernah buat. HAAAA!!!terkejut mommy, mok dok pernah buat....Dia cakap bukan xtahu buat tapi malas sbb rumit. Alahai, mcm ni???Disebabkan niat dah ada mommy google le jugak cari resepi kuih lapis ni. Last2 jmp yg plg simple&senang dlm 'My Resepi' oleh tulip77. Senang je resepinya. Mommy dah alter sket je sbb guna loyang 20"X20"X7".....

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula (boleh kurangkan klu x suka manis sgt)
  • 1 1/2 st garam
  • 2 cawan santan pekat (kepala santan)
  • 2 sudu kecil minyak masak
  • 3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
  • 2 cawan air (utk mencairkan barter,terpulang kpd santan yg d gunakan)

Cara-cara

  1. Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
  2. Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian/lebih. Letakkan satu bahagian pewarna merah,satu pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.Satu lagi adunan dibiarkan warna putih.
  4. Masukkan 2 cawan adunan berwarna putih (asal) & kukus selama 5 minit.
  5. Selepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna kuning & merah sehingga adunan habis.Boleh juga selang selikan antara warna dengan lapisan putih (asal).
  6. Lapis yg terakhir warna merah dikukus selama 20minit. Bila dah masak tunggu hingga kuih ni betul2 sejuk.
  7. Dgn hati2 potong kuih dengan pisau yg nipis & tajam.Setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)


Cantik tak layer warna-warni ni.Hehe!!!baru beli color & selamat tersimpan dr d kerjakan oleh saintis comot 'Arfa Zafran'.......
Anda berani? Cubalah!!! (pinjam wording abg Azrul dlm rancangan sekolahku astro TVIQ). hehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...