بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday 1 October 2011

KUIH LOMPANG

Malam ni ada majlis kesyukuran @Malaysian friend's house semperna a few of them akan mengerjakan haji,Insyaallah dalam bulan Oct ni. So, mommy plan nak bawak sedikit buah tangan (juadah). Actually last nite mommy ada peram adunan utk buat apam beras & pagi tadi kukus le utk bebudak bawak g sekolah. Huhu!!! hampa betul sbb apam mommy tu xmenjadi. Dia merekah cantik je nampak dari atas tetapi dalamnya mcm bantat (tak mengembung)....FRUST betul.Tak tau kenapa jadi mcm tu since dah follow step by step resepi dari MyResepi (oleh cha).......Cuba mommy durhaka sket bab yg masa peram.Dia suruh peram 3 jam tapi mommy peram semalaman. Hehe!!!ada mommy tgk resepi apam Eno dorg peram semalaman tapi masa keesokannya masa nak kukus tu dorg letak Eno. Gamaknya apam beras yg mommy buat tu tak boleh diperam lama sgt kot. Huhu!!!mmg kena repeat lagi 'eksperimen apam beras' ni.

Okey la.....tak mau pikir apam beras (HOLD)...petang ni mommy nak buat eksperimen kuih lompang plak.Guna resepi dari MyResepi gak (oleh Zara kelate).....Mencabar gak ni nak buat sebab sukatannya banyak yang agak2. Harap2 menjadi le kalau tak melenggang jelah pergi rumah orang malam ni. Untuk u al yang nak resepi boleh tgk kat MyResepi yang zarakelate buat. Tapi kalau malas nak browse @ nak tgk hasil eksperimen mommy, scroll down je kat bawah tu ye.

Bahan-bahan ( 40 - 45 biji )

½ paket tepung beras
1 cawan tepung kanji
air kelapa (diambil dari sebiji kelapa)
1 cawan gula pasir (leh dilebihkan sket jika suke manis)
2 helai daun pandan
sedikit air jika perlu
pewarna yg disukai

Cara-cara
1. Gula pasir dimasak bersama air dan daun pandan sehingga larut. pastu disejukkan.
2. Tepung kanji dan tepung beras dicampur lalu dimasukkan air gula yg disejukkan tadi serta air kelapa. kacau hingga rata dan tak bergentel.
3. Sekiranya adunannya masih pekat, leh ditambahkan sedikit air. kacau rata. (kalo adunan tu tak melekat kat senduk, kira da ok la tu). adunan dibahagi 2-3 bahagian dan letakla pewarna yg disukai. kacau rata.
4. Sementera itu panaskan periuk kukus. Bila mendidih, letak acuan sekejap dlm periuk kukus. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dlm acuan yg telah dipanaskan.
5. Kukus sehingga masak.
Bolehlah dimakan dgn kelapa parut putih yg digaul dgn sedikit garam. jika takde acuan, leh diganti dgn loyang.


RESULT: After follow step by step resepi yg diberi, dukacita dimaklumkan bahawa eksperimen mommy buat kuih lompang hari ini GAGAL!!!Waaaa......frust menonggeng. Selepas postmortem didapati eksperimen ini gagal disebabkan tiada sukatan yang tepat diberikan menyebabkan orang2 yg baru2 berjinak dalam bidang masakan seperti mommy tidak berjaya.Untuk pengetahuan semua, rupa paras yg dihasilkan dari eksperimen ini amat elok rupa parasnya tetapi dalamannya keras seperti getah.....Dari pengamatan mommy, ia berlaku kerana barter yg digunakan sedikit pekat.
Bagi mengelakkan kegagalan utk kali kedua mommy akan mencuba lagi & mungkin menggunakan resepi yg lain (yg memberikan bacaan yg tepat). Ini kerana dalam setiap ujikaji yg perlu dilakukan baik oleh yg mahir@kurang mahir, sukatan yg tepat amatlah PENTING!


P/s: Yang membuatkan mommy tertonggeng sekejap ialah terpaksa menahan muka tebal pergi ke majlis malam itu dengan cara melenggang ala2 'Datin'......Huhu!!!style dorg ni mmg setiap orang bawak buah tangan (semua tjk skill memasak masing2).Maluuuu weh, dah le terlambat sgt due tu jem (ada accident)....What a spoil day it was. Huhu!!!!Btw akan ku tebus ketebalan mukaku ini dengan lompang yg melopong di mulut dorg nanti.TUNGGU!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...