بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday 6 October 2011

Asia Taste Salad (Salad Citarasa Asia gitu)


As salam...Hehe!!!menu diet mommy lagi ye. Layan je la. tapi nak share dgn u al best salad ni sbb rasa cukup ada masam, manis, masin & pedas. Kalau kita imaging makan salad boring je kan nak telan. Rasa sayur sesangat & masam je kalau letak dressing. Actually mommy buat salad ni mmg sbb nak control skit diet mommy ni yang dah terover sgt2 BMI ni. Cuma bila memikirkan rasa yg xsedap nak telan tu emm putus le harap nak buat. Tapi lately ni mommy teringat semula kat salad yg Chef Anis ( yg gaya2 manja tu) buat. Idea ni tercetus bila last week mommy buat salad telur tu le. Itu yg terfikir yg kita boleh variety kan salad ikut taste kita sendiri. Mommy teringat semula kata2 Chef Anis yg kalau kita nak diet jgn makan salad dgn dressing sbb itu pun byk lemak, cuba buat sendiri sos salad guna olive oil. So, this time mommy olah sendiri sosnya based kepada basis ingredients yg Chef Anis tu highlight "OLIVE OIL". Cuba la ;)

Bahan2:
  • Lettuce
  • Bawang besar
  • Cherry tomato
  • Purple cabbage
  • Olive oil
  • Garlic savor seasoning (Kalau xde garlic seasoning ni u al just ketuk 2 biji bawang putih & masak dengan minyak zaitun sehingga kekuningan. Biarkan sejuk dulu minyak zaitun & bawang tu baru campur dengan salad)
  • Garam
  • Sos cili thai

Cara2:
  1. Selepas dibersihkan semua veggie, toskan seketika.
  2. Dalam mangkuk salad ( mangkuk besar), masukkan 1/2 cawan olive oil.
  3. Tambahkan 2 sudu besar minyak bawang putih (garlic seasoning).
  4. Kemudian tambahkan 3 sudu besar sos cili thai & sedikit garam. Gaul sehingga sebati sos tadi.
  5. Apabila veggie telah kering, masukkan ke dalam mangkuk berisi sos tadi. Gaul salad sehingga rata.
  6. Sedia utk dihidangkan.

2 comments:

mawar merah said...

assalam ros..salad ni sesuai utk org yg berdiet kan..nmpk menyelerakan.

rostina76 said...

yup, mmg sesuai sesangat sbb taste org asia mcm kita. Ada pedas2 tu yg best tu ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...