بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday 4 October 2011

AYAM MASAK GAJUS



As salam.....actually resepi ayam masak gajus ni menu lunch kami last week tapi sbb gambar lambat upload makanya harini baru sempat nak jot down.
Resepi ni pun sebenarnya hasil daripada idea nak berabihkan stok kacang gajus (balance buat biskut oat gajus raya lepas). Alhamdulilah walau resepinya agak pedas (mommy letak banyak lada kering) tapi budak2 suka especially Arfa Zafran.
Resepi 'ayam masak gajus' ni actually more to chinese taste. Kalau kat chinese muslim restaurent mmg glamour hidangan ni. Kami matching kan hidangan ayam masak gajus ni dengan sup fishball. Selera betul makan semasa masih panas2. Chinese style mmg selalu makan time berasap kan? Resepi ni juga boleh ditukar dengan daging ye, cuba la.

Bahan2:
  • Isi ayam (bahagian dada dipotong kecil)
  • Tepung jagung
  • Lada sulah
  • Gajus (1 cawan)
  • Cili capsicum ( di potong empat segi)
  • Bawang kecil(2 biji dicincang)
  • Bawang holland/besar (dibelah besar)
  • Cili kering (5 biji direndam air panas)
  • Sos tiram (5 sudu besar)
  • Kicap (1 senduk campuran kicap manis+masin+pekat)
  • Sos tomato (5 sudu besar)
  • Garam
  • Gula
  • Minyak bijan (3 sudu besar)
  • Minyak masak

Cara2nya:
  1. Perap ayam dengan lada sulah, sedikit garam & tepung jagung selama 5 minit.
  2. Goreng sehingga garing isi ayam tadi di dalam minyak yang banyak (tenggelam).
  3. Angkat & toskan ayam.
  4. Sediakan kuah: Tumis bawang putih & cili kering sehingga garing.
  5. Masukkan kicap + sos tiram + sos tomato. Renihkan kuah sekejap.
  6. Tambahkan perasa + garam + gula.
  7. Kemudian masukkan isi ayam & gajus ke dalam kuah, sertakan juga dengan bawang holland & capsicum.
  8. Akhir sekali renjiskan minyak bijan ke atas masakan.
  9. Sedap dihidangkan semasa panas bersama nasi putih & sup sayuran.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...