بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday 14 October 2011

CIK MEK MOLEK.......come lote!!!



Menu minum petang harini mmg selalu sgt mommy buat sbb favorite turun temurun & senang. Tapi harini rasa mcm lebih sedap plak (hehe!!!puji sendiri) cik mek molek mommy. Itu yg rasa nak jot down resepinya supaya in the future dpt sukatan yg betul. Selalunya mommy pakai hentam je sukatan tepung. Kadang2 ok, kadang2 terkeras, kadang2 terlembik..... Harini buat just nice & lembut sangat isi 'cik mek'.
So, mari kita tengok sukatan yg ngam utk cik mek molek come lote.

Bahan2:
  • 2 cawan keledek (rebus & lenyek)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • Gula
  • Minyak

Cara2:
  1. Mula2 sekali rebus & lenyekkan keledek (Guna keledek yg warna oren lagi sedap).
  2. Masukkan tepung & gaul rata (ramas2 guna tangan).
  3. Bila tepung sudah sebati, ambil sekepal ( dalam anggaran bola golf-hehe, tau ka bsr mana tu?)
  4. Bulatkan & kemudian leperkan doh. Masukkan gula pasir 1 sudu teh.
  5. Tutup semula doh & bentukkan lonjong (standard bentuk cik mek la ni).
  6. Goreng dalam minyak penuh sehingga garing.
  7. Sejukkan dahulu sebelum di hidang (kalau ngap masa panas2, jawabnya tergam terus mulut tu).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...