بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday 3 October 2011

IKAN MASAK STIM.....


Pehhhh!!!!meleleh air mata ikan tu kena stim (kik3x...gurau je). Nak jot down ikan ni actually pemberian jiran kami @ sini. Abg tu suka ke laut tangkap ikan. Haritu dia bagi kami 2 ekor ikan ni (besor2 gak le). Syiok @sini sbb ikan fresh2. Baik yg beli kat pasar mahupun yg org bagi. Alhamdulilah, semoga ALLAH limpahkan rezeki abg tu sekeluarga. Ikan ni kalau @Brunei ni dorg panggil ikan putih ( kalau @Malaysia xtahu le ada ke tak spesis ni ) tapi gaya ikan ni macam ikan bawal pun ye, kembung pun ye tapi yg pasti isinya lagi lembut. At 1st mommy beli @pasar & buat kari, bila test......emmm!! kurang sesuai masak kari sbb isinya lembut sangat (cepat hancur). Itu yang bila jiran kami bagi terus tanya akak tu masak apa best ikan ni? Kak Dayang jiran kami tu suggest masak kicap, so yg seekor lagi tu dah selamat mommy masak kicap. Betul la sedap masak kicap sbb bila kita goreng, isinya jadi keras sikit. Sesuai le masak kicap sbb senang menyerap kicap tu ke dalam isinya. So, this time saja mommy nak try stim plak. Ok ke tak dgn menu ni. Bila dah try, alhamdulilah.... NYAMAN (kata org Brunei utk sedap). Ni resepi utk masak stim.

Bahan2:
  • Ikan (bersihkan dengan jus asam jawa utk elak hanyir)
  • 1 inci halia (hiris nipis2)
  • 5 biji bawang putih (hiris nipis2)
  • Cili padi (ikut citarasa- hiris nipis2)
  • Garam
  • Perahan lemon/limau nipis ( 1/2 cawan)
  • Kicap ikan ( 2 sudu besar)
  • Daun bawang ( hiasan je)
Cara2:
  1. Bersihkan ikan dengan jus asam jawa & perapkan dengan garam.
  2. Letak ikan di dalam pinggan/bekas utk mengukus.
  3. Letakkan di kedua2 belah bahagian ikan dengan bawang putih, halia, cili padi & kicap ikan.
  4. Kemudian siram badan ikan di kedua2 bahagain dengan jus lemon.
  5. Kukus ikan selama 5 minit.
  6. Sedia untuk dihidang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...