بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday 15 October 2011

KEK KURMA

Minggu ni mommy nak buat projek clearance stock buah2 kurma yg berbekas2 lagi tak habis. Alhamdulilah menumpang rezeki abang&kakak yg menetap di Arab Saudi maka bekalan kurma tak pernah putus2. Ada tu bekalan kurma yg dari tahun lepas. Hehe!!!dah kematu&berbubuk buahnya. Simpan punya simpan dah bertahun tak sedar. Lagi pulak @Brunei ni setiap kali masuk ramadhan setiap ahli rumah dapat kurnia buah kurma dari Sultan Hassanah Bolkiah setiap tupperware seorang. Macam kami 5 orang ahli rumah dapat lima bekas le puasa tempohari. So, u al blh bayangkan la betapa banyak stok kurma kami. Itu yg berlebih2 sgt. Dah lama sebenarnya mommy nak buat kek kurma ni tapi tak jadi2 (entah le, bila ingat-malas; bila rajin-lupa).....So alhamdulilah baru harini berjaya menggodek isi2 kurma tu utk buat kek. Tadi google cari resepi kek kurma jmp si azira ibrahim ni. Dia ala2 mommy gak le x terer baking membaking ni tapi blh je tgk kek dia. So, setakat harini mommy guna resepi dia la dulu...next time try yg org lain plak. Banyak lagi tu balance kurma :D


Bahan-Bahan
  • 1 cawan kurma - buang biji
  • 1 cawan gula pasir(mommy guna brown sugar)
  • 4 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara

  1. Blend telur dgn gula sehingga kembang, kemudian masukkan esen vanila dan seterusnya masukkan kurma.
  2. Di dalam bekas yg lain, ayakkan tepung dgn soda+baking powder.
  3. Masukkan bahan yg di blend ke dalam bekas tepung yg di ayak tadi.
  4. Masukkan minyak...dan kacau hingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 180 darjah hingga masak...lebih kurang 45 minit.
  6. Boleh la makan...


PERFECTO!!!!!!


Biorle deme nak kata apa ye tapi mommy rasa syiok&bangga sangat sbb this is the best cake ever yg mommy baked. Hehe, bukan saje lembut tapi rupanya elok sgt2 terbentuk. Takde senget benget @ hangit ke hapa.....Rasanya jgn cakap le, kik3x secukup rasa ;)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...