بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday 5 October 2011

Pasembor Penang Style

Ini kali kedua mommy try resepi dari s_shamen ni since kami @Brunei. Yelah, kalau @Malaysia senang nak dapat makan pasembor yg best2, nak2 kalau kami balik Kulim. Sure pergi Penang pekena 'Pasembor' & Char Keaw Teaw. So, bila dah d perantauan ni bila teringin nak makan kena buat sendiri le sbb @sini kami blm jumpa lagi pasembor yg sama mcm @Malaysia. Ada yg jual @ restoren mamak sini mcm rojak buah je gayanya. Emmm, xkena dengan selera. Bagi yg saja nak try buat sendiri boleh la try resepi ni. Senang & sedap. Sama mcm @Pasembor Penang.

Sumber: MyResepi (oleh s_shamen)

Bahan-bahan ( 5 org )

**Bahan cucur udang**
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan udang
  • 2 biji bawang kecil
  • 1 sudu besar cili boh
  • garam
  • air untuk bancuh tepung
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder

**Bahan cucur kelapa**
  • 1 cawan tepung gamdum
  • 3/4 cawan kelapa (saya guna kelapa kering jerr)
  • garam
  • air untuk membancuh

**Bahan kuah**
  • 1 biji keledek sederhana besar (direbus hingga empuk) - guna keledek yg oren tu.
  • 2-3 biji bawang kecil (kisar)
  • 1 sudu besar cili boh (terpulang pada citarasa masing2 kalau nak pedas)
  • Sedikit kicap (bagi warna)
  • Air untuk kuah (dalam 2 liter-bergantung citarasa)
  • 1/2 cawan kacang tumbuk
  • minyak untuk menumis
  • gula merah & garam secukup rasa

**Bahan lain**
  • 3 biji kentang sederhana besar
  • 4 biji telur
  • 4 keping tauhu
  • 1 biji timun
  • 1 biji sengkuang
  • sedikit taugeh
  • Mommy tambah fishball
  • Mommy tambah crabstik
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Bersihkan kulit kentang kemudian rebus kentang bersama kulitnya sehingga empuk. Kemudian goreng kentang tersebut bulat2 sehingga kekuningan (tak payah potong2).
  2. Telur direbus (hard boil), kemudian buang kulit & digoreng bulat2 sehingga kekuningan (mommy tak goreng)
  3. Tauhu digoreng sehingga kekuningan.
  4. Sediakan cucur udang. Gaulkan semua bahan cucur udang. Bancuhan seperti nak buat cekodok. Kemudian goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan/ masak.
  5. Sediakan cucur kelapa. Satukan semua bahan. Bancuhan jgn lembik sangat, agak2 boleh kepal. Buat bentuk seperti fish cake, kemudian goreng sehingga kekuningan/ masak.
  6. Sediakan kuah. Tumis bawang sehingga wangi, masukkan cili. Blend keledek dengan air, kemudian masukkan dalam tumisan. Masukkan juga kacang, garam & gula. Masukkan juga sedikit kicap (just nak bagi color jerr). Masak hingga mendidih. Kalau nak pekat, boleh letak lebih keledek.
  7. Cara nak hidang, potong semua bahan2 yang telah digoreng tadi. Timun & sengkuang diparut kasar. Taugeh dicelur sedikit. Gaulkan semuanya.Tuangkan kuah ke atasnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...