بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday 23 October 2011

PERIA KATAK





As salam....seronok juga kalau kita belajar & dapat tahu serba sedikit latar belakang ttg apa yg masuk ke dalam badan kita (makan le)....Kalau last week mommy jot down ttg mangga, harini mommy nak jot down pulak ttg 'Peria Katak'. Bukan apa mommy nak masak peria katak ni. So, sebelum mommy bagi resepi kita belajar le dulu. Mmg ramai org yang tak suka peria katak ni sbb rasanya yg pahit. Tapi mommy & daddy mmg suka makan peria ni sejak dari dulu. Yang paling best kalau makan @restoren mamak, mesti ambil peria goreng rempah tu. Sedap le, garing & tak rasa sangat pahitnya. After all, pahit peria ni sebenarnya banyak penawar/khasiatnya especially utk org yg ada diabetes.
Ini serba sedikit pengenalan ttg 'Peria Katak' ......SILA BACA DENGAN PENUH MINAT ;)

Peria katak (bahasa Inggeris: bitter gourd, bitter melon, balsam pear atau balsam apple) ialah pokok menjalar subtropika daripada famili Cucurbitaceae yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan. Pokok ini banyak tumbuh di Asia Selatan, Asia Tenggara, China, dan Caribbean untuk buahnya yang boleh dimakan dan yang merupakan sayur yang paling pahit di dunia. Tempat asalnya tidak diketahui kecuali pokok ini berasal dari kawasan tropika. Nama botaninyaMomordica charantia.

Peria katak juga mempunyai pelbagai kegunaan sebagai ubat tradisional di sekeliling dunia, serta berpotensi untuk merawat jangkitan HIV. Dalam perubatan Ayurveda India, Peria Katak sering diperlihatkan sebagai sejenis "insulin tumbuhan" dan oleh itu, amat disyorkan untuk pesakit kencing manis. Di Filipina, teh peria katak digunakan dengan amat berjaya untuk merawat kencing manis dan kawalan gula darah bagi orang miskin.

Rasa pahit peria katak datangnya daripada kandungan kuinin yang tinggi dan secara kebetulan, telah dianggap oleh orang-orang Asia, serta Panama dan Columbia, sebagai bahan untuk mencegah dan merawat demam malaria.

Nak tahu lebih lanjut sila refer link ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...