بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday 2 October 2011

Sandwich Veggie Telur

Semalam balik dr kenduri sampai rumah dah lewat & mengantuk sangat smp tak sempat berfikir nak buat apa for breakfast harini.
Pagi ni bangun2 tido (hehe, dah le terlewat) terus masuk dapur selongkar apa yg patut dibuat for breakfast.....Selongkar punya selongkar, last2 TING!!!idea. Buat sandwich telur je (dah lama tak buat, asyik dok gomol cucur bilis je setiap kali weekend). Senang, cepat & yang paling penting sedap oleh anak tekak 4A+R ;)
So, utk 3A sapa2 yg dah besar nanti, ni je resepi nak buat sandwich telur (senang).

Ini versi veggie utk daddy & mommy
























Ini versi 3A (yg susah nak paksa makan veggie & xsuka kerak roti)



















Bahan2:
  • Telur (3biji direbus masak)
  • Mayonis (dalam 3-4 sudi besar bergantung citarasa)
  • Roti (sebuku yang panjang tu)
  • Veggie (mommy guna thai lettuce, timun & tomato)
  • Garam
  • Serbuk lada sulah (white pepper)

Cara2:
  1. Rebus dulu telur sehingga masak & biarkan sejuk.
  2. Kupas telur & hancurkan (mashed).
  3. Masukkan mayonis, garam & lada sulah ke dalam telur hancur tadi.
  4. Kacau telur biar sebati dengan bahan2 lain.
  5. Sapukan (spread) campuran telur tadi ke atas roti.
  6. Letakkan veggie jika suka & kapitkan dengan sekeping lagi roti.
  7. Siap untuk dingap....
p/s: Kalau u all suka roti tu crunchy sket maka toast le dulu sebelum diletakkan sapuan telur. Mommy lebih suka roti yg lembut (original gitu).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...