بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday 9 October 2011

Sardine roll


As salam.....breakfast kami d pagi Ahad ; sardine roll. Lama bebenor tak makan sardin, tiba2 aritu teringin nak makan sardin. So, masa listing groceries tu add on sardine plak. Masalahnya, 4A tu semua mana nak layan sardin2 ni. Asyik ayam memanjang. Naik muak mommy tgk ayam pun.
So, utk try market laku ke tak sardine ni mommy decided nak buat sardine roll. Kalau buat french toast (roti celup telur) dorg ni suka, so kira ala2 french toast gak le resepi ni cuma ada inti sardine kat dalam.

Bahan2:
  • Roti slice (mommy guna gardenia)
  • Sardin
  • Bawang besar (1 biji sederhana besar)
  • Bawang putih (2 biji ditumbuk)
  • Garam
  • Sos tomato
  • Telur (2 biji dipukul kembang)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara:
  1. Mula2 sekali tumis bawang putih&bawang besar sehingga garing.
  2. Masukkan ikan sardin (tanpa kuahnya). Masak sehingga ikan sardin garing.
  3. Masukkan 2 sudu sos tomato & garam.
  4. Tuangkan kuah sardin semula & masak seketika.
  5. Padamkan api & masukkan sardin ke dalam mangkuk.
  6. Lenyekkan isi ikan sardin.
  7. Ambil sekeping roti & roll mneggunakan roller (utk elak roti menyerap minyak semasa menggoreng).
  8. Sapukan inti sardin di dalam roti & gulung roti dengan kemas.
  9. Celup roti ke dalam telur & goreng sehingga garing.
  10. Angkat & toskan.
  11. Ulang langkah 7-10 sehingga inti habis.
  12. Sedia untuk hidangan pagi mahupun minum petang ;)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...