بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday 11 November 2011

TART BUAH


As salam......11.11.11. Hehe, cantik tarikh hari ini kan......


Dah lama sebenarnya mommy teringin nak buat tart ni tapi mcm tak confident je dgn bakat sendiri. Tapi bila study betul2 cara org lain buat & akhirnya mommy rasa confident sikit nak try. So, eksperimen mommy harini adalah menyediakan Tart Buah...Actually mommy terjumpa byk blog yg tunjuk step by step cara buat tart buah ni tapi berkenan nak try guna resepi dalam myResepi jugak. By right mommy follow exactly steps guna resepi ni tapi since mommy tgk dlm blog ada picture step by step & rasa mcm simple je arahannya. Tambahan pulak adunannya takle byk sgt, maka mommy ubah buat crust guna cara dari blog Nuri ni & buat kastardnya pulak ikut cara seperti di bawah.......mana2 pun okey je. So terpulang la u al plak nak guna yg mana ye. Tq to both Nuri(from bakery 2 embroidery) & Nisa MPB( myResepi).

1. Crust/shell:

Bahan-bahan ( Anggaran dlm 40 biji saiz mini )


  • 250 gm butter, suhu bilik
  • 120 gm gula ising
  • 2 biji kuning telur
  • 440 gm tepung gandum, diayak dahulu
  • 1 tsp esen vanilla

Cara-cara

1. Adun semua bahan hingga menjadi doh. Gelek diatas papan pencanai setebal 5mm.

2. Susun acuan tart diatas dulang pembakar. Ambil sedikit doh lalu tekapkan ke atas acuan, tekan sedikit untuk memasukkan doh tersebut di dalam bentuk acuan & trim dengan pisau di tepinya.

3. Panaskan oven pada suhu 175C.

4. Cucuk dengan garfu di tengah2 doh tersebut lalu bakar selama 20min atau sehingga kekuningan.

5. Keluarkan dari oven & tunggu hingga sejuk sebelum menanggalkan pastri dari acuan.


2. Inti Kastard:

Bahan-bahan

  • 2 tbsp tepung gandum
  • 2 tbsp tepung kastard atau tepung jagung
  • 8 tbsp gula kastor
  • 2 cwn (500ml) susu segar
  • 2 biji telur
  • 2 tbsp (30 gm) mentega
  • Buah Utk Hiasan: Mommy guna buah anggur hitam & buah kiwi.

Cara Membuat Inti Kastad:

1. Campurkan tepung gandum, kastard & gula dalam periuk yg kecil.

2. Campurkan hanya 2 tbsp susu daripada 2 cwn susu tadi & kacau rata.

3. Masukkan telur sebiji2 & aduk rata lagi. Lalu masukkan selebih susu segar tadi & kacau lagi hingga larut.

4. Kacau adunan ini di atas api yg kecil hingga agak kental. 

*Peringatan* : adunan ini mesti sentiasa dikacau supaya tidak berbentil2.

5. Apabila sudah kental, alihkan dari api lalu masukkan mentega tadi & aduk lagi hingga sebati. Ketepikan seketika utk proses pengisian pada tart.

6. Ambil sesudu kecil inti kastad & bubuh ke dalam mangkuk tat yg telah sejuk tadi. (boleh mengisi isian kastad ini ke dlm piping beg lalu picitkan satu-persatu pd mangkuk tart.

7. Last sekali boleh la ditambah dengan buah-buahan pilihan.


THE MAKING
Assistants tetap mommy.





Arfa tukang potong buah, Anis tukang kacau tepung & Ahdia tukang bubuh buah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...