بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday 9 February 2012

Biskut Batik & Kemeriahan Chinese New Year!!!


Kemeriahan Chinese New Year dah pun berakhir tapi kat sekolah Arfa Zafran, sambutannya masih diteruskan dgn sambutan Majlis Mesra pada hari Sabtu 4/2/2012 yg lepas. Parents diminta menyediakan makanan untuk hidangan bersama budak2. Pada hari tersebut juga diadakan tarian Naga oleh persatuan Tionghua Mukim Tutong.

Enjoy viewing pictures by Arfa Zafran



Arfa request bt spagetti( ni mesti kwn2 dia yg request gak ni almaklum le time birthday dia thn lps mommy bt spagetti, pastu time hari kanak2 last year bt spagetti gak. Arfa cakap kwn dia puji mommy bt spagetti sedap). kik3x....kembang lagi lengan mommy ni. This time malas le nak bt spagetti lagi, so dok pikir2 nak prepare apa. Ingat nak bt kuih puteri ayu tapi kelapa parut xde. Last2 yg paling senang bt biskut batik ajelah. Nak bt pun senang, Arfa nak bawak pun ringan & org nak ngap pun senang. Kalau kat Brunei ni glamer jugak kek/biskut batik ni. Time nak raya aritu mmg berlambak2 org jual online biskut batik ni. Mommy pun dah hilang memori pasal biskut batik ni smp le last year kami pindah ke Brunei ni. Macam bersepah2 biskut/kek batik ni. Satu lagi yg glamer biskut vico (haa, yg ni later mommy share resepinya). Seingat mommy, zaman mommy anak dara dlu (rasanya masa stay dengan C.Long) mmg pernah bt. Kiranya biskut pertama le bikin sendiri. Kik3x, sendiri bikin, sendiri ngap. Tapi dulu bt mmg pakai hentam je resepi pun simple dimple. Takde le masak2 ni. Pakai campur milo+susu+biskut marie=Gaul2 je. Tapi rasa not bad la, sedap gak. This time mommy bt proper sket la resepinya ikut cara org2 tua. Untuk Arfa bawak gi sekolah ni mommy bt yg 'damit' (kata org Brunei utk kecik molek). Budak2 ni kalau bt besar2 membazir, makan xabis. Bila bt damit2 ni mmg sekali ngap je, confirm masuk mulut semua. 

Sumber: K.As dr NZ

Bahan2:
  • 1 bungkus (350g) biskut marie
  • Setengah buku butter @ 125g
  • 2 biji telur
  • 1/2 cwn serbuk koko 
  • 1 cwn milo 
  • 1 cwn air
  • 3/4 cwn gula atau gune 3/4 tin susu pekat
** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko (mommy bt 1 cwn milo + 1/2 cwn koko dan 3/4 cwn gula pasir).

Cara-cara:

  1. Patah2kan biskut. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, campurkan koko,milo,air dan gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut.
  3. Masukkan butter,kacau sampai butter cair.
  4. Kecilkan api, masukkan telur.Kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).
  5. Padamkan api.
  6. Masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.Kacaukan sampai semua biskut dah di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalau nak byk cokelat gune sket ajer...)
  7. Masukkan dlm loyang. Tekan2 sket bg padat. 
  8. Simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

 
Tapau untuk Arfa

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...