بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday 25 February 2012

Kek Pandan Kukus

Alahai.....boring betul la. Masa mula2 blk dr bercuti bln Januari lepas mmg mood MALAS melanda sehingga sebulan penuh (mcm bulan mengambang penuh le plak cukup sebulan). Masuk bulan Febuari baru merangkak2 nak bereksperimen apatah lagi mood hilang sbb xdpt bertemu mata lagi dgn toys yg br order dr UK (huhu!!! terlewat 2 hari je brg smp Msia, kami dah blk Brunei). Last2, bila semangat dah panas membara, alih2 oven plak xleh nak panas2. Huwaaaaa!!!!mmg haru btul la. Last 2 weeks mommy ada nak bt lasagna, bila heat up oven tiba2 'blackout' satu rumah. Cari2 punca rupanya oven. Pastu cakap dgn daddy suruh check, dia ckp try guna suis lain kot2 suis yg rosak. Peram la semangat lagi seminggu. Atlast, minggu lepas bila nak menggodek tepung bt kek pandan marble Mamasya, alih2 tgk oven xmenyala pun lampu. Check2 suis, MasyaAllah mujur tak cair suis. Bila daddy tgk confirm la oven dah rosak. Ini yg melemahkan semangat nak bereksperimen ni. Kalau daddy xbgt kat landlord suruh baiki, mommy nekad dah nak beli baru (beli yg biasa2 dah le murah2). Nanti nak blk Msia xde la berat sgt nak angkut (tak pun jual ke lelong2 @sini).
Harini mmg dah xleh tahan lagi la semangat nak buat kek, nak2 plak stok pes pandan xusik2 satu botol yg dah siap2 blend. Itu yg mencari alternatif utk buat kek pandan kukus ni. Harap2 sedap le rasanya. Resepi ni dapat hasil bantuan cik google. Singgah ke rumah jiran macho @Miri ni. Terer giler mamat ni, malu mak dara ni baru nak belajar. Kat entry dia pun dia bgt org yg mencuba resepi dia ni amatur yg baru nak kenal tepung & alat-alat memasak je. Memang kena la tu atas batang hidung mommy ni. Tak kisah le, yang penting boleh abiskan stok pes pandan yg banyak tu & 4A suka nak ngap.
Sapa2 yg rasa amatur gak tu blh la try gak. Btw mommy ada adjust sket2 sukatan asal. 



Sumber: ryo 
Bahan2 :
  • 325 g butter/margerin
  • 1 1/2 cawan gula pasir (next time buat kena kurangkan 1 cawan aje sbb manis sgt).
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 5 biji telur
  • 60 ml pes pandan
Caranya :
  1. Sediakan pengukus & didihkan air.
  2. Pukul butter bersama gula hingga kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu.
  4. Masukkan tepung dan pes pandan.
  5. Pukul lagi hingga adunan sebati.
  6. Masukkan adunan ke dalam bekas 8"x8" yang sudah di griskan.
  7. Bila pengukus dah mendidih,kukus selama 1 jam @sehingga masak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...