بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday 13 February 2012

PUTERI AYU a.k.a PRINCESS GORGEOUS

Disebabkan fancynya tuan puteri ni maka mommy dengan sendirinya suka memperkenalkan 'Princess Gorgeous' a.k.a puteri ayu (dah konservatif ni, hehe!).


Resepi 'Princess Gorgeous' ni mommy jmp kat fotopages mamasya. Menarik sungguh puteri ayunya berbanding yg biasa2 org buat (biasanya kan ayu je berbaju hijau dengan selendang putih) tapi yg mamasya buat bajunya colorful dan dipadankan dengan selendang putih. Gorgeous!!!!!

Kalau u al nak glamer lagi buat le puteri vogue ke, puteri menawan hati ke etc......hehe!Bila buat kuih ayu ni teringat kat mamasya, seronoknya dorg skrg ni tgh bcuti ke Istanbul sebelum bertolak blk bercuti ke Malaysia.


Bahan-bahan:


  • 270 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil ovallate
  • 240ml santan/ fresh milk
  • 1 sudu besar jus pandan
  • 3 biji telur
  • 240gm gula
  • Kelapa parut (muda) digaulkan sedikit garam dan 1 sudu besar tepung kanji (mommy terlupa letak tepung kanji but ok jelah melekatnya)

Cara-caranya:

  1. Telur dipukul bersama gula sehingga kembang.
  2. Masukkan santan, ovallate dan tepung gandum.
  3. Gaulkan sehingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 3@lebih warna (mommy guna warna merah,hijau,kuning & coklat).
  5. Panaskan periuk kukus dan sapukan sedikit minyak pada acuan.
  6. Ambil sedikit kelapa yang telah digaulkan tadi dan tekan sehingga padat.
  7. Tuangkan adunan tepung tadi. Kukus hingga masak selama 15 minit.

NOTA: kuih ini boleh juga ditukarkan jus pandan / perwarna lain dengan pes coklat 
(mommy letak perasa pisang utk puteri gorgeous tu).



2 comments:

hazila said...

Salam ziarah. Saya pun plan nak buat puteri ayu tapi asyik bertangguh. By the way memang cantik pun bila colourful.

rostina76 said...

cantik kan!!!mekacih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...