بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday 9 February 2012

Urap kacang botol/winged beans salad

Entry harini mommy masukkan resepi kerabu kacang botol versi jawa. Dorg panggil urap. Mommy mmg suka la urap style jawa ni, tak kirala urap daun selom ke, taugeh ke, kacang botol etc. Semenjak dok Puncak Alam la yg tau makan urap ni sbb kat sana ramai org2 Jawa Selangor. Member2 pun majoriti org Jawa gak. Alahai bila citer pasal org Jawa, tiba2 teringat plak Nasi Ambeng. Kalau dulu mommy selalu makan nasi ambeng dgn BF @Kota Damansara. Mmg sedaple nasi ambeng @situ. Mommy try beli @pasar malam Puncak Alam pun xleh challenge yg @Kota Damansara tu. Bila la plak nak merasa? Kalau pasni blk Msia pun blm tentu dpt merasa. Eh!!melalut ke nasi ambeng plak dah. Tadi nak jot down urap kacang botol kan? Heheh!!mengimbau kenangan jap. Okey!! mari kita belajar membuat urap kacang botol ye anak2.

Bahan2 yg diperlukan:

  • 10-20 batang kacang botol
  • Kelapa parut (dari setengah biji kelapa yg agak muda)
  • 3 biji cili merah
  • 3 sudu besar udang kering (tumbuk hancur)
  • 1 biji bawang merah besar 
  • Garam
  • Gula
  • 2 sudu besar jus limau
Cara membuatnya:
  1. Kisar cili merah & bawang (jgn terlalu lumat). Kalau boleh jgn letak air (kisar kering la).
  2. Sangai kelapa parut bersama2 dengan cili, bawang & udang kering sehingga sedikit kering.
  3. Dalam mangkuk besar masukkan kacang botol yg telah dihiris nipis2.
  4. Curahkan gorengan kelapa ke atas kacang botol. 
  5. Tambah sedikit garam,gula & juga air perahan limau.
  6. Gaul rata & sedia dihidangkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...