بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday 6 March 2012

KUIH KASWI



Teringin nak try buat kuih kaswi ni sebab kata org senang & cepat. Pastu yg penting kuih tradisional. Kalau dulu @Msia, jiran kami 'ibu' selalu je buat kuih ni pass kat kami. Budak2 ni kira suka la jugak. Emmph!! kat sini ada la jugak nampak org jual, tapi xpernah beli. This time mommy nak try buat la since kelapa muda ada stok ni (since mommy suruh 'Saim' gardener kami petik buah2 kelapa yg muda, tiap2 minggu dia petik&pass kat mommy). Huhu!!! nak tak nak mmg kena buat kuih la kan. Kalau tak sayang buang je. Kuih kaswi ni kalau guna bekas lompang kecik2 tu namanya dah jadi kuih kosui kan? Seingat mommy kat Besut mmg org panggil kuih kosui. Tak kisah la kaswi @ kosui. Mommy buat yang version bekas lompang kecil.

Bahan-bahan 
500 gm tepung gandum 
400 gm gula melaka 
200 gm gula pasir 
125 gm tepung sagu 
1 sudu teh kapur diambil airnya sahaja 
1000 ml air 


Cara Menyediakan 
1. Masak gula pasir dan gula Melaka dengan sedikit air dari jumlah air yang diberikan. Masukkan sehelai dua daun pandan. Masak hingga gulanya pekat. 
2. Tapis dan sejukkan. 
3. Campurkan tepung sagu, tepung gandum, kapur dan air hingga rata. 
4. Masukkan air gula yang telah disejukkan dan kacau lagi. 
5. Tuangkan kedalam acuan-acuan kecil yang telah disapu minyak dan kukus hingga masak (anggaran 1-15 minit) Boleh juga kukus dalam loyang besar & ( kalau guna loyang kena kukus dalam anggaran 30minit) , bila sejuk just potong kecil2. 
6. Sebaik-baiknya kukusan hendaklah dibungkus dengan kain putih, supaya wapnya tidak menitis di atas kuih. 
7. Angkat dan sedia dihidangkan dengan kelapa kukus yang digaul sedikit garam. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...