بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday 14 August 2012

Almond London

Assalamualaikum.
Biskut wajib ada setiap tahun ni hah Almond London. Sebelum2 ni mommy tak pernah buat sendiri & last year masa raya @Brunei pun order dgn cikgu Ahdia. Tapi this year mmg xde beli langsung biskut raya due to was2 sebab org Brunei ni kebanyakannya masih guna butter brand 'Golden Churn'. Lagipun, memandangkan kemudahan melting chocolate pot dah beli kena la utilize sepenuhnya, baru berbaloi beli. 
Mommy tengok ramai juga kawan2 blogger yang dah buat almond london awal2 lagi cuma after survey, mommy pilih resepi dari ummunaielah ni sebab penggunaan bahan2 yang sangat minima. Kalau ikutkan resepi Almond London ni C.dae (my sis) dah lama simpan & dia dah buat berzaman2 lamanya tapi susah plak nak acces dia since member dah balik cuti beraya @Msia. Takpela, since kemudahan internet di hujung jari ni pilih je mana2 yang berkenan di hati.
Sumber: ummunaielah 
(rasanya resepi asal dari k.Hanieliza sebab gambar dlm blog ummunaielah tu ada watermark k.Hanieliza, allahualam)

Bahan2:
250g mentega/butter
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
3 cawan gandum*
1/2 cawan tepung jagung*
1/2 cawan tepung naik sendiri*
1 sudu teh emplex (optional)
Badam panggang
Coklat masakan (dicairkan)
Almond nibs/rainbow rice utk hiasan
(bahan2 * diayak bersama)

Cara membuatnya:
1. Pukul gula & mentega sehingga kembang.
2. Masukkan telur & esen vanila & kacau rata.
3. Masukkan bahan2 * sedikit demi sedikit & gaul rata.
4. Ambil sebesar ibu jari & bulatkan.
5. Leperkan doh & masukkan badam ditengah2.
6. Balut badam tadi & bentukkan bujur.
7. Bakar pada suhu 160-180'C selama 15-20 minit atau sehingga masak.
8. Apabila biskut telah sejuk, celupkan ke dalam coklat cair & tabur hiasan di atasnya.
9. Masukkan ke dalam paper cup kecil & biarkan coklat keras sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


2 comments:

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam
sedap ni feberet budak2 kan, ank akak ada jg request tp malas sb kena celup coklat tu he he
resepi ni ok ye, sb bila cari mcm2 resepi kan tak tau mana yg betul2 sedap

rostina76 said...

salam mama sara nur. tak tahu le ros memenuhi taste akak ke tak resepi ni tapi ros rasa sedap je, sama je mcm org dok jual. yang penting bhn2 senang&minima.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...