بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday 9 August 2012

Sotong bunga @ sotong duri?

Assalamualaikum.
Seminggu tak update blog rasa macam banyaknya resepi & citer kawan2 yang tercicir. Tapi tulah, malas + busy = 0. Geram je tengok biskut raya kawan2 yang posing tapi sabaqqqq. Mommy tunggu 3A cuti sekolah dulu next week baru nak buat sikit2. Tahun ni macam kureng skit mood nak buat biskut raya, almaklum nak beraya @Malaysia, Insyaallah. Buat sikit2 je untuk standby kot2 ada nak buat open house @ terima tetamu kat sini je. 
Oh, harini mommy nak citer pasal benda alah kat dlm gambar tu. Mommy terjumpa kat bahagian frozen & terus sambar sebekas (nak try dulu). Honestly, mmg xpernah jumpa sotong bunga yang dah siap berbunga2 macam ni (i don't know @Msia ada ke tak yang mcm ni. Yelah mommy dulu bukan jenis yang terhendap2 cari bahan2 masakan, lebih kepada hendap cari baju & kasut adalah). Tapi kalau tak salah, mommy pernah tengok yang dah siap masak @Chinese Restaurant rupa sotong bunga ni.
 Labelnya squid flower tapi mommy tengok lebih kepada berduri dari bunganya. Hehe, mmg unik sebenarnya rupa sotong ni. Dari size & bentuk rasanya sotong bunga ni dibuat daripada sotong yang bersize besar. 
Disebabkan mood yang malas masih melanda (ini le kekdahnya kalau weekend je cari sungkai buffet), mommy just goreng kunyit saja sotong tu. Fyi, sotong goreng kunyit ni mmg tak pernah menghampakan. Masak hari2 pun jalan sama mcm ayam goreng. 
So, N3 ni xde la mommy nak jotdown resepinya pasal mmg dah hafal dalam kepala. U al pun mesti dah tahu bebenor goreng kunyit ni kan. So, kita layan gambar jelah ye. Mommy pun suka2 je publish sebab mcm lawoo je duri2 sotong ni. Silap2 tengok macam buah pokok Rhu pun ada gak.Haha!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...