بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday 19 October 2012

Garlic Bread & Croutons


Ini eksperimen rentetan dari kejadian 'Baguette Mini'. Kalau sebelum ni pun mommy beli roti keras memang untuk buat garlic bread. So, kalau dah pandai buat roti keras sendiri tu maka senang le nak buat garlic bread jugak. Mommy just jotdown supaya senang nak refer juga utk anak cucu cuba sendiri.
Bahan2:
6 batang baguette
3 ulas bawang putih
3 sudu besar mentega/marjerin (suhu bilik)
1 sudu kecil parsley (cincang)

Caranya:
1. Kupas bawang putih. Belah & buang bahagian tengah (bhg ini boleh menyebabkan rasa pahit). Basuh & kisar.
2. Masukkan bawang putih & parsley ke dalam mentega.  kacau biar sebati.
3. Sapukan mentega tadi pada roti & bakar dalam ketuhar dengan suhu 180'C selama 3-5 minit.

Senang je. Pastu kat bawah ni jugak mommy highlight resepi nak buat 'croutons'.
Caranya:
1. Ambil garlic bread yang siap dibakar tadi. Potong kiub2 kecil.
2. Bakar semula dalam 3-5 minit atau sehingga garing. 
3. Biarkan sejuk & boleh disimpan di dalam bekas kedap udara. Sedap dimakan sebagai kudapan @ dimasukkan ke dalam sup.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...