بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday 3 December 2012

Apam Keledek Ungu

Assalamualaikum & good day.
Mulai dgn N3 ni & kehadapan mommy buat auto publish kerana kami tgh bercuti panjang (3/12/2012 - 10/1/2013). Ada beberapa lagi resepi yang mommy dah cuba mommy jotdown sementara ketiadaan kami. Kepada kawan2 yang sudi jenguk 'Wind of Change' nanti tinggalkan jejak ye so bila mommy dah balik xde le sesat mommy nak jenguk u al, hehe. 


Masih lagi dengan resepi keledek ungu. Wah!!!mommy dah mula suka le dgn keledek ungu ni sebab banyak resepi boleh dicuba dengannya & yang paling best colournya cantik. Mmg natural colour, xperlu tambah pewarna ungu lagi. 



Okey this time balance buat Talam Keledek Ungu tu mommy buat kuih apam. Wewewe!!!!tak sangka budak2 suka sangat (daddy sempat ngap seketul je, huhu kesian). Masa petang g amik daddy, mommy letak apam ni atas kaunter @dapur bila balik tengok hehe seketul. Macam tule, 3A ni kalau benda yang dorg suka makan sampai tak ingat @daddy. Selalunya mommy pesan sebelum keluar@mommy simpan siap2 untuk daddy tapi dalam kes apam ni ingat dorg tak suka sebab masa awal2 masak tu slow je rentak.




So, untuk resepi apam keledek ungu ni mommy tengok dari blog SecubitGaramNor67 . Moh kita tengok bahan2 & caranya. Mommy cnp dari K.Nor. Tq K.nor


Bahan-bahan:
* 1/2 cwn gula pasir 
* 200 ml air
* 1 helai daun pandan
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn keledek
* 3/4 cwn tpng gandum
* sedikit garam
* 1 sk yeast
* 1 sk b.powder
* 250 ml susu cair ~ resipi asal guna santan 

Cara-cara:
1. Keledek rebus di blend bersama dengan santan (biarkan sebentar).
2. Masak gula bersama air dan daun pandan.
3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b/powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati (K.Nor guna handwisk jer)
5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
6. Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dengan kelapa parut (dalam kes mommy ni malas nak cari kelapa parut & tak berbaloi pun kalau ada kelapa parut, 3A tak suka gak kelapa tu. Membazir je, so that's why tayang apam keledek ungu je tanpa salju, hehe...)

Cara K.Nor:
*Lepas adunan diperap 1 jam, masukkan ke dalam bekas kecil yg dah disapu minyak.
*Isikan 3/4 penuh bekas aje.
*Biarkan lg lebih kurang 10 minit (adunan akan naik sedikit lagi)
baru lah dikukus hingga masak

6 comments:

Lynn Huraiza said...

sedapnya kak...kalau dekat nak jer lynn tempah dgn akak...

Gee® said...

cantik dan pastinya sedap...

mama sara nur @ Cik Nor said...

lamanya cuti panjang...
memang cantik kalernya purple gitu..akak suker he he

noorhayati harun said...

as salam,Ros blk sini kew..sempat tu jengok2 la kita kat Puncak Alam..hehhe anyways enjoy your holiday...

Mulan said...

cantik nya kaler ungu apam ni... mesti sedap..!!

Monica Rampo said...

Salam kak Ros,

Ini Monica lagi...setelah coba sambal nasi katok, sekarang saya coba apam keledek ungu...lezat..saya suka, terima kasih resepnya ya...

saya sudah posting di blog saya dan link back ke wind of change

Terima kasih waktu itu sudah berkunjung ke blog saya ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...