بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday 29 March 2013

Ketam Masak Sos Lada Hitam

Assalamualaikum & good day.
Ayoyo, seminggu sudah tak update blog kesayangan mommy ni. Okey alasan tak update; last weekend kami entertained 'tetamu dr semenanjung' (Cik Ani Ganu & family).....dorg datang last Friday til Monday. Kami bwk dorg jalan2 sekitar BSB & Jerudong je. Pastu last week jugak internet 'demam kura2'........itule yg menyebabkan mommy boring je nak nak hadap Mr Mac. Eksperimen pun takde cuma ulang buat resepi2 yg dah terer je (so takde la nak jotdown dlm blog lagi kan). 



So, harini mommy nak pulun back to back entries pasal menu seafood plak. Nak kata rajin tak juga, tapi mmg tgh mood layan seafood minggu ni. Penangan dari borong seafood @Pasar Ikan Jerudong bersama2 Cik Ani haritu, stok seafood byk lagi. Dorg cukup teruja tgk pasar ikan & keadaan urus niaga seafood fresh dr laut kat sini. Memang sebetulnya dah takde rasanya suasana jual beli ikan direct dr nelayan kepada end user @semenanjung Malaysia walau kat Ganu. So, shopping seafood sakan le kami last weekend. Malam minggu lepas juga layan BBQ Seafood + air kelapa muda fresh. Alhamdulilah nikmat yang tak terhingga. 


Okey  N3 pertama harini pasal resepi 'Ketam Masak Sos Lada Hitam'......Utk pengetahuan semua, eksperimen ni sebenarnya hasil  dari 'draf entry mommy masa tahun 2011' seperti di bawah cuma selepas dari cerita tu mommy guna ready made black pepper sauce sampai le semalam baru mencuba resepi baru ni. 


 N3 lama bertarikh 13/7/2011.
Huish dasyat nama resepi kali ni......Hehe, sebenarnya resepi ni mommy dpt hasil dr usaha gigih daddy tapau bwk blk kat anak bini dia sebekas 'ketam2 bersos lada hitam'. Xingat dah exact date tapi 2 bulan sudah le....Dorg ni lps shutdown, mesti ada meeting+dinner dgn bos2 besar dr Italy....So, this time dorg buat @ Hotel Empire Jerudong...
Berbalik ke resepi kita, mmg sedap gile le mr crab yg daddy bwk blk tu, sampai menjilat lengan makannye :)
Tiba le masanya harini mommy try&error je resepi tuh...Yg bezanya, org hotel guna ketam nipah (yg keras tu). Pastu dorg mmg blend lada hitam biji2 tu le, mommy malas sbb nak cepat so guna sos lada hitam maggi je. Tak le pedas sgt guna sos tu.....Klau u all nak try blh la try & error gak guna resepi ni.




Okey itu N3 yg sepatutnya mommy publish 2 tahun lepas tapi tak jadi2 sebab mula2 buat tak sempat ambil gambar & after date dok ulang buat guna sos segera (mcm tak trill je nak jotdown benda2 instant ni). Maka harini mommy jotdown refresh resepi yg mommy buat semalam. Proven sedap & lebih kurang sama rasanya macam yang 2 tahun sudah, hehe.



Bahan2
5 ekor ketam (cuci & potong dua kalau besar)
2 ulas bawang putih (pecahkan/kisar)
1 inci halia (pecahkan/hiris nipis)
1 sudu besar lada hitam (tumbuk kasar)
2 sudu besar kicap masin
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu tepung jagung (bancuh dgn 1/4 cawan air)
Air
Garam
Gula
Minyak 
Daun sup/parsley
Lada besar

Caranya:
1. Mula2 goreng ketam sehingga berubah warna (lebih kurang 3 minit) & toskan.
2. Tumis bawang putih, halia & lada hitam sehingga garing. Masukkan semua kicap masin, kicap manis, sos tiram & sos tomato. Gaul sebati.
3. Tambahkan 1 cawan air (untuk buat kuah, bergantung le kalau nak kering kurangkan air). Masak kuah sehingga mendidih, perisakan dengan perasa, garam & gula.
4. Masukkan ketam yang telah digoreng tadi & ratakan kuah. 
5. Akhir sekali tuangkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Reneh sebentar sebelum diangkat.
6. Hiaskan dengan daun parsley & lada yang dihiris nipis.

1 comment:

ishamizu said...

Salam kak..

sedapnya..terliur sy kt sini. hehe. Nway, kami pon ada tetamu dr Malaysia..busy jg la this weekend :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...