بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday 8 March 2013

SOTO JAWA

Assalamualaikum & good day.

Masa N3 Bawang Goreng dulu mommy ada mentioned pasal Soto Jawa yang mantop. Hehe, harini baru dapat tayang. 1st of all, soto antara menu yang menjadi pujaan 4A+R juga & yet di Brunei ni mmg famous dgn soto. Pada peringkat permulaan, kami ingat soto tu sah2 yang macam kita punya di Malaysia la kan tapi kat sini semua yang berkuah sup tu dorg panggil soto. Bihun sup, mee sup, kue tiew sup semuanya tukar nama jadi soto. Pastu kalau tgk FB dorg mesti update 'menyoto' (maksudnya tengah layan soto le tu, tapi tak tau le bihun@mee@kue tiew sup. 

Okey berbalik kepada resepi mommy ni, kalau sebelum ni selalu mommy buat soto style simple xde masuk santan bagai tapi this time mommy follow resepi Jawa Johor yang ada santan. Resepi ni mommy dapat dari majalah Seri Dewi & Keluarga (edisi September 2012) disumbangkan oleh pelakon/pelawak Sharifah Shahora (dia Jawa Johor). Bila test mmg proven sedap & sama dgn rasa soto jawa yang mommy dok beli kat Pasar Malam dulu2. Suka sangat sebab dah dapat resepinya. Okey yang belum try versi Jawa Johor ni bolehla sama2 cuba. 


Bahan2:

BahanA:
6 bungkus ketupat segera (rebus & sejukkan)
2 ekor ayam (dibelah 4)
3-4 liter air
1 cawan santan pekat
3 batang serai (dititik)
3 cm lengkuas (hiris nipis & dititik)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 tangkai bunga cengkih
*4 sudu serbuk sup soto
*1/2 cawan serbuk ketumbar
*2 sudu teh jintan halus
*2 sudu teh serbuk lada putih
Garam secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
(Bahan2 bertanda * mommy tak guna & digantikan dgn 2 bungkus sup bunjut soto 'Mak Siti')

Bahan B (kisar):
3 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2cm halia

Bahan C (Sambal Kicap):
20 tangkai cili padi
Gula/garam secukup rasa
2 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap lemak manis

Bahan D (Hiasan):
Bergedil
Taugeh (dicelur)
Daun sup (dipotong halus)
Bawang goreng
Sambal kicap
Kacang goreng
Isi ayam (disiat2)

Caranya:
1. Mula2, panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga & bunga cengkih) bersama serai & lengkuas yang dititik.
2. Tumis rempah yang dikisar sehingga naik bau bersama sup soto. Gaul sebati.
3. Masukkan santan, gaul sebati & tuangkan air. kemuadian masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih & isi ayam empuk.
4. Keluarkan ayam & sejukkan sebelum disiat2 (mommy tak siat2 tapi potong kecik2)
5. Semasa menghidang, masukkan nasi impit/ketupat yang dipotong dadu & tuangkan kuah sup soto. Kemudian tabur dengan bahan2 hiasan.






Cara membuat Sambal Kicap:
1. Goreng sebentar cili & bawang putih. Toskan minyak.
2. Kisar semua bahan2 sehingga lumat.
(resepi Shahora dia tak goreng, tapi mommy ingat ada member Jawa dulu ajar kalau nak buat sambal kicap bagi tahan lama & tak sakit perut better goreng dulu cili & bawang)


Cara membuat bergedil daging:
Bahan2:
500g kentang (dikupas kulit)
300g daging cincang (tumis dgn bawang putih sehingga masak)
2 batang daun bawang (dipotong halus)
3 sudu besar bawang goreng
2 tangkai cili (dipotong halus) - mommy xletak
1 sudu besar lada sulah
3 sudu tepung serbaguna
2 biji telur
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Caranya:
1. Rebus kentang sehingga empuk. Toskan & dilenyek.
2. Campurkan kentang lenyek dengan daging, daun bawang, bawang goreng, cili, lada sulah, garam & tepung serbaguna. Gaulkan sehingga sebati & menjadi doh.
3. Bentukkan doh tadi menjadi bulat kecil.
4. Panaskan minyak untuk menggoreng. Celup doh ke dalam bancuhan telur & goreng sehingga garing.
5. Angkat & toskan minyak. Sedia dimakan dgn soto.

1 comment:

fazliana said...

aduhh sdpny soto nie..terliur tgok bergedilnyer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...