بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday 16 September 2013

Pulut Dakap

Assalamualaikum & good day.
Memandangkan bulan ni daddy kerja 7 days/week makanya my Sunday quite free (free le sangat…..xabis2 keje, siap menyental toilet lagi ada le).


2,3 hari before Sunday tu mommy dah plan nak buat 'Pulut Dakap'. Huhu!!!mesti ramai yang tak tau apa benda 'Pulut Dakap' ni. Mommy pun sebenarnya masa zaman dulu2 je rasanya makan pulut dakap ni. Rasanya origin kalau tak dari kelantan sure resepi ni asal dari Thailand. Sebab org Thai mmg suka makan pulut kan. Entah kenapa le tetiba je mommy rasa nak makan, maka harusle cuba buat sendiri. 


Yang bestnye, masa mommy dok terfikir2 nak buat Pulut Dakap ni mommy comeacross satu lagi resepi yg lebih kurang sama berasal dari Thailand. 


So, start Sabtu malam mommy dah rendam pulut siap2. Pagi Ahad tu terus tekun bekerja mengukus pulut, menggulung, mengikat & mengukus lagi. Hasilnya bukan satu resepi tapi 3 resepi sekaligus. Haha!!!pasni boleh buat entries back to back lagi pasal PULUT. Resepi ni mommy olah sendiri ikut style buat pulut panggang cuma tukar inti saja.
--------------------------------------------------------------------
Resepi Pulut Dakap

Bahan2:
500g beras pulut (rendam semalaman)
1 cawan santan 
2 cawan air masak
1/2 cawan gula (kalau tak suka manis blh kurangkan)
Sedikit garam
Pisang (terpulang pisang apa2 pun janji yg masak)
Air untuk mengukus
Daun pisang (layur & potong mcm nak buat lepat/pulut panggang)
Tali untuk mengikat (seeloknya guna tali khas utk masakan)

Caranya:
1. Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih.
2. Masukkan beras pulut yg telah dibasuh ke dalam periuk pengukus. Kukus selama 15 - 20minit.
3. Angkat periuk dan masukkan pulut ke dalam besen. Arung/gaul pulut dengan air masak sehingga sebati.
4. Kukus lagi pulut tadi selama 15 - 20 minit.
5. Angkat sekali lagi & arung pulut dengan santan yg telah ditambah sedikit garam. Tambah juga gula & gaul sebati.
6. Kukus pulut sehingga betul2 masak selama 20 minit.
7. Apabila pulut telah sejuk, ambil sesenduk pulut & ratakan di atas daun pisang (guna tangan yg dibalut plastik supaya pulut tak melekat). 
8. Letakkan pisang ditengah2 pulut & balut pisang dengan pulut, seterusnya gulung juga daun pisang dengan kemas.
9. Dengan menggunakan tali, ikat pulut tadi dengan ketat (lihat gambar). Buat 2@3 ikatan supaya betul2 kemas.
10. Apabila selesai mengikat, susun pulut tadi di dalam periuk pengukus & kukus selama 15 minit.
11. Sedia dihidangkan.

13 comments:

mala said...

kat kedah pun banyak pulut dakap.

Umm AA said...

lamo tok make pulut dakap nie..feveret nie jgk ...

Unknown said...

knah wat pulut dakap, pulutnya dimasak separuh masak macam wat ketupat palas, dibungkus siap baru dikukus.xletak gula, hanya santan pulut n garam..apa pun tetap sedap kan ros..=)

ZalinZalina said...

Kak ina tak pernah makan pulut dakap ni..lagi satu kan kalau kak ina makan pulut mesti ngantuk..ihik..

Nastyna said...

Kami panggil ketupat dakap, favourite saya jugak ni (semua pulutan saya suka). Lama dah tak merasa ni kak.

Lisa Tjut Ali said...

makasih resepnya
pingin nak coba, pasti sedap

nurbijen said...

kuih feberet saya juga tu... MIL suka buat... rindunya nak makan pulut dakap :(

Unknown said...

pisang yg didakap...ehe..saya xpernah makan lg...

mama leen said...

feveret ni.. tapi tak pandai la nak buat.. hehe

ummiross said...

Ya Allah...bestnya dapat buat pulut dakap ni Rostina, kecur air liur tengok,ummi pernah makan, tapi susah dah nak jumpa orang jual kat sini.

OKje said...

Tak pernah makan...tapi sure anak2 kurang makan ni Ros... sebab mereka bukan suka sangat pulut....

Irfa said...

dah lama tak makan pulut dakap
dulu2 nenek suka buat :)

tq singgah blog saya

dekdaa said...

Dulu banyok jual kat kedai-kedai.
Loni ada jugak tapi dok semeriah dolu-dolu huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...