بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday 17 July 2014

Hotel Perkasa Tenom, Sabah

Assalamualaikum & salam 19 Ramadhan.
Sekejap je dah separuh Ramadhan kita tempohi. Dah terasa selesa dgn rutin dalam bulan Ramadhan ni & terasa sayu je memikirkan dah nak abis. Semoga ALLAH terima ibadah puasa kita selama ini. AMin


Ok, mommy sebenarnya mmg dah lemau sesangat dah nak jot down cerita ceriti dalam Wind of Change ni. Mungkin sebab puasa@mungkin sebab kenkangan masa dalam bulan Ramadhan ni terasa begitu cepat bergerak. Tambahan plak mmg mood memasak dah hanyut ke laut le lately ni. Takde la nak menepek resepi beria2. Sib baik banyak cuti @Brunei ni dalam bulan Ramadhan so pantang cuti je 'sungkai' kat luar le kami. Kalau weekdays plak mommy mmg prepared simple2 je. Lagi puashati sbb makan tak banyak mana pun. 3A pun sekali minum air & makan nasi dah kenyang. Si Ahdia tu pelik betul tahan betul dia puasa, berbuka & sahur pun makan sejemput je nasi. Tapi alhamdulilah so far so good……xde 'yang yuk' lagi.

Ok, bagi memeriahkan Wind of Change.. mommy jot down dulu citer masa kami pegi jemputan kahwin adik ipar mak ngah (mak ngah ni adik daddy u al). Majlis kahwin berlangsung di Tenom, Sabah. 


Memandangkan kami saudara terdekat mak ngah area Borneo ni maka pegi la jugak, sambil2 tu kami ni biasa la nak jalan2. Last minit gerak dari Brunei due to menunggu pasport kami yg baru renew permit dipulangkan oleh agent. Pada masa yang sama jugak kami gamble je redah tanpa booking mana2 hotel (segan la kan nak menumpang rumah org, dah le kaum kerabat dorg ramai). Oh sebelum terlupa kami pergi ni pada 31 Mei 2014 (Sabtu). 

At 1st ingat mesti xde masalah nak book hotel rupa-rupanya sangkaan kami meleset. Awal tu kami plan nak stay kat mana2 hotel area Lawas @ Sipitang…….sebelum tu kami singgah juga @Temburong kononnya nak try tanya resort kat sana (ada mommy mentioned dlm N3 Pokok Tin ni). Tapi malangnya mula2 di Temburong full, proceed Lawas……yang kelakarnya sebanyak2 hotel termasuk yg xde bintang pun semua full (dorg siap tanpa kertas signboard siap2 kat kaunter FULL). Masa kami sampai Sipitang hari dah gelap dalam pkl 9 lebih. Sebab dah niat nak makan sate Sipitang maka berhentila kami @Esplaned Sipitang. Hehehe!!!!kelakar campur cemas sbb sederet food court jual sate pun ABIS!!!! Haaaa, pelik tul nape ramai sgt umat kat Msia ni (yelah Brunei ni sunyi sepi je rasa, lps je border tu dia berduyun2 manusia). Rupa2nya baru le perasan kebetulan bertembung kami d Brunei cuti Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja & kebetulan masa tu juga Hari Gawai.

Maka dlm dok kalut dah tu mana nak tido (serik dah rasanya teraba2 tgh malam buta ni teringat kereta kena pecah dulu @subang jaya) mommy pun google le kejap cari hotel @Tenom. Nasib baik ada hotel yang vacant. Huhu!!!!

Dipendekkan cerita yang dah pjg ni sampai le kami lebih kurang pukul 11 malam ke Hotel Perkasa Tenom. Bertaraf 2 bintang, terletak di puncak bukit & menyediakan pemandangan yang cukup tenang lebih2 lagi di waktu awal pagi. Heheh!!!!walaupun mcm yg u al tgk sendiri dalam gambar kira mcm out dated skit (haha TV pun style melengkung beb) tapi alhamdulilah bersih. Luas jgn cakap la, nak sumbat 20 org pun muat. Kami amik executive suite. Kot2 ada yg nak pegi Tenom blh la consider hotel ni. I tell u this is the best hotel in town (huyooo promote baek punya).

Ok, itu sj dulu n3 ni. Pasni mommy citer kami g jalan2 sekitar Tenom. 
Info lain pasal Hotel Perkasa ni ada gak dalam cuti.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...